TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rakyat Malaysia maut terkena 8 das tembakan di rumahnya di Golok

By
|
Kongsi
image

 

PASIR MAS 2 Nov - Seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak oleh individu dikenali di rumahnya di Sungai Golok, Thailand, meninggal dunia malam tadi.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam selepas mengalami kecederaan parah akibat terkena lapan das tembakan dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, Mohd Fuad yang berasal dari Kampung Kepas Apam sebelum itu dikejarkan ke Hospital Sungai Golok untuk rawatan kecemasan.

Menurut ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada jam 8 malam.

“Saya dimaklumkan tentang kejadian tembakan pada jam 8 malam sebelum mendapat panggilan sekali lagi jam 9 malam mengatakan anak saya sudah meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila mengetahui kejadian itu namun reda dengan ketentuan Allah. Jenazah anak akan dibawa pulang tengah hari ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan mangsa cedera parah selepas ditembak oleh seorang lelaki sejurus berlaku pertengkaran di rumahnya.

Suspek kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian dan meninggalkan sepucuk pistol di tempat kejadian.

 

+ - reset