TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM sakit pinggang, terpaksa batalkan lawatan ke Pahang atas nasihat doktor

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 2 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang yang dijadualkan hari ini selepas mengalami masalah kesihatan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), pembatalan pada saat akhir itu dibuat atas nasihat pasukan perubatan selepas Anwar mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakannya terbatas.

“Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan Anwar memohon maaf kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.

“YAB Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau,” katanya lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pada 2 November 2025.

+ - reset