TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut terjatuh dari traktor ketika bersihkan kebun di Baling

By
|
Kongsi
image

 

BALING 2 Nov - Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh daripada traktor ketika melakukan kerja pembersihan di sebuah kebun berhampiran Kampung Bukit Rawa Sedim, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Ahmad Salimi Md Ali berkata, mangsa berusia 28 tahun ditemukan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan pada muka.

Menurut beliau, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang selepas orang awam melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Pasukan polis bersama pegawai penyiasat segera ke lokasi sebelum mengesahkan mangsa merupakan lelaki tempatan beralamat di Kampung Gelugor, Karangan, Kedah.

“Siasatan awal mendapati mangsa ke kebun bersama seorang penjaga kebun untuk melakukan kerja pembersihan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

+ - reset