TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja 15 tahun maut, rakan parah dalam kemalangan konvoi motosikal di Rembau

By
|
Kongsi
image

 

REMBAU 2 Nov - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki terbabas di Kilometer 226.8 Lebuhraya Utara–Selatan, petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, mangsa, T. Neves Raj, pelajar Kolej Kemahiran Segatromic Kulim I-Tech yang beralamat di Permatang Pauh, Pulau Pinang, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa menunggang motosikal jenis Honda Vario 160 bersama rakannya, S. Uberan, 21, yang turut mengalami kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka bersama kumpulan konvoi motosikal lain.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kecemasan.
Akibat kemalangan itu, penunggang maut di tempat kejadian manakala pembonceng cedera parah dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Alor Gajah sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Melaka,”
kata Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Husein dalam kenyataan, Ahad.

Menurut beliau, dua lagi motosikal konvoi terbabit ketika itu berada kira-kira empat kilometer di hadapan, manakala motosikal mangsa dan pembonceng berada di belakang kumpulan.

Hasil siasatan mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu dan menunggang motosikal milik rakannya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat, manakala motosikal yang terlibat telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

+ - reset