Berita Berita
'Anak saya ditembak depan mata isterinya yang mengandung… saya hanya mampu reda' – Ibu mangsa tembakan di Golok
PASIR MAS 2 Nov - Seorang peniaga warga Malaysia maut selepas ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand, petang semalam.
Menurut laporan Berita Harian, mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok pada jam 9 malam, selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan beberapa anggota badan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 petang ketika mangsa bersama isterinya, Wan Fatihah Mat Husin, 35, di kediaman mereka sebelum didatangi suspek yang kemudian melepaskan tembakan bertubi-tubi.
“Anak saya ditembak di depan mata isterinya. Saya terkaku menerima panggilan daripada menantu yang menangis memberitahu anak saya ditembak dan kritikal.
Dia terkena lapan das tembakan termasuk di dada hingga gagal diselamatkan kerana tembakan itu mengenai organ pentingnya,” kata ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, ketika ditemui di Kampung Kepas Apam, di sini, hari ini.
Menurut Zaiton, suspek berkenaan dikenali mangsa dan menantunya. Malah, sebelum ini kediaman mereka pernah ditembak amaran dipercayai oleh individu sama.
“Beberapa bulan lalu rumah anak saya pernah ditembak dipercayai oleh orang yang sama.
"Suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan anak saya, kononnya kerana isu hutang, tetapi sebenarnya dia yang menipu duit menantu saya sebanyak RM2,000.
Arwah dah pun halalkan duit tu,” katanya.
Mangsa dan isterinya difahamkan menjalankan perniagaan beg dan batu permata secara dalam talian di negara jiran itu.
Sementara itu, sumber polis Thailand memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran peribadi antara mangsa dan suspek sebelum tembakan dilepaskan.
Mangsa yang parah dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian, manakala suspek melarikan diri dan meninggalkan sepucuk pistol di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
November 2, 2025, 6:24 pm
Lelaki ditikam rakan sendiri depan rumah angkara dendam di Kuantan
November 2, 2025, 3:47 pm
'Jika ada rakan media yang terkilan...' - Kor Ming mohon maaf, tarik balik kenyataan terhadap wartawan
November 2, 2025, 3:01 pm
Remaja 15 tahun maut, rakan parah dalam kemalangan konvoi motosikal di Rembau
November 2, 2025, 2:00 pm
12,500 murid B40 di Selangor terima vaksin influenza percuma mulai minggu depan
November 2, 2025, 11:24 am
Lelaki maut terjatuh dari traktor ketika bersihkan kebun di Baling
November 2, 2025, 11:07 am
PM sakit pinggang, terpaksa batalkan lawatan ke Pahang atas nasihat doktor
November 2, 2025, 10:17 am
'Dalam otak hanya ada rakyat Muar' - Syed Saddiq tamat Ironman bawah 13 jam, raih RM1 juta untuk rakyat Muar
November 2, 2025, 10:05 am
Rakyat Malaysia maut terkena 8 das tembakan di rumahnya di Golok
November 1, 2025, 6:11 pm
