TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Namewee bebas, kertas siasatan dirujuk semula ke pendakwaan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Nov – Kertas siasatan melibatkan pengarah dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee, telah dirujuk semula ke Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis bermula hari ini hingga 26 November sementara menunggu laporan bedah siasat lengkap diperoleh.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke PPN hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan tiada bukti yang mengaitkan Namewee dengan kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun yang ditemukan tidak bernyawa di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar, turut dilaporkan berkata bahawa Namewee akan dilepaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, penyanyi berusia 42 tahun itu direman enam hari sehingga Isnin lalu bagi membantu siasatan, sebelum tempoh reman dilanjutkan selama tiga hari bermula kelmarin hingga hari ini.

Namewee sebelum itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 5 November lalu untuk membantu siasatan.

Menurut Fadil, kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

+ - reset