TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita nekad terjun dari kereta elak dipukul suami di Sungai Petani

By
|
Kongsi
image

 

 

SUNGAI PETANI 13 Nov - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada dipukul suaminya dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata mangsa membuat laporan polis mendakwa berlaku pergelutan ketika berada dalam kereta bersama suaminya.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa mendakwa diseret keluar daripada keretanya dan dipaksa masuk ke dalam kereta suami ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang sekitar jam 6 petang.

"Sepanjang perjalanan dikatakan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

"Semasa tiba di simpang Jalan Lencongan Timur, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami," katanya.

Hanyan berkata, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan berkahwin pada Oktober 2024, namun tinggal berasingan sejak sebulan lalu selepas mangsa mendakwa kerap dipukul.

Susulan kejadian itu, suami mangsa telah ditahan reman dua hari oleh Mahkamah Sungai Petani bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

 

+ - reset