TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Exco Kedah mohon maaf, nafi niat hina rakyat Sabah

By
|
Kongsi
image

ALOR SETAR 14 Nov – “Saya mohon maaf… tidak berniat menghina rakyat Sabah.”

Itu pengakuan Exco Perumahan, Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Mansor Zakaria, ketika membuat penjelasan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Khamis.

Menurut Mansor, permohonan maaf itu dibuat selepas beliau menyedari kenyataannya sebelum ini menyinggung perasaan rakyat Sabah.

“Saya mohon maaf atas ucapan semalam dan saya tarik balik… dengan niat jujur dan ikhlas, menarik balik apa yang saya sampaikan jika ia menyinggung hati rakyat Sabah,” katanya.

Beliau menegaskan tidak pernah berniat menghina mana-mana pihak, namun tetap merendah diri memohon agar permohonan maaf itu diterima.

“Bila saya fikir balik, sebenarnya saya tidak berniat menghina rakyat Sabah. Kita berbahas tentang apa yang diceramahkan di Sabah mengenai Kedah. Kita buat perbandingan sahaja… jadi saya tak mahu panjangkan isu ini,” jelasnya.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan Mansor berucap dalam Sidang DUN, merujuk kempen pilihan raya di Sabah dengan kenyataan seolah-olah rakyat negeri itu mudah dipikat hanya dengan pemberian roti Gardenia.

Kenyataan berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dan dakwaan bahawa ia menghina rakyat Sabah.

+ - reset