Berita Berita
Tak serik-serik, dua lelaki Malaysia ditahan di Sungai Golok berkaitan kes dadah, imigresen
KOTA BHARU 14 Nov - Dua lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand dalam dua operasi berasingan di pekan Sungai Golok minggu lalu, masing-masing membabitkan kesalahan berkaitan dadah dan imigresen.
Komander Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha, berkata tangkapan pertama dilakukan pada 6 Novembermembabitkan lelaki Malaysia berusia 53 tahun.
“Lelaki Malaysia berusia 53 tahun itu ditahan di Soi 3, Jalan Chonthara Khet, pekan Sungai Golok, kira-kira jam 3 petang waktu Thailand.
“Polis Thailand turut merampas 0.13 gram heroin daripada suspek, yang turut disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan morfin,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Menurutnya, suspek akan berdepan pertuduhan memiliki dadah Kategori 1 (heroin) untuk kegunaan sendiri, menggunakan dadah Kategori 1 dan 2 (methamphetamine dan morfin) tanpa kebenaran, serta menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah Kategori 1.
Dalam operasi berasingan pada 7 November, Prayong berkata Polis Rondaan Sempadan Sungai Golok menahan seorang lagi lelaki Malaysia berusia 28 tahun.
“Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah rumah di pekan Sungai Golok kira-kira jam 5.40 petang (waktu Thailand).
“Suspek akan didakwa kerana memasuki dan tinggal di Thailand tanpa kebenaran,” katanya.
Kedua-dua suspek kini ditahan di Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut dan tindakan undang-undang seterusnya
Berita berkaitan
November 14, 2025, 11:12 am
JHEAIK nafi kes tular wanita kahwin dua, sahkan perkahwinan pertama sudah terbubar
November 14, 2025, 10:41 am
Bilik guru SBPI Sungai Lang terbakar, bomba siasat punca kejadian
November 14, 2025, 10:30 am
Fadlun Mak Ujud Datuk Bandar KL baharu, ganti Maimunah
November 14, 2025, 10:00 am
Stor sukan SMK Jalan 3 Bangi musnah terbakar awal pagi
November 14, 2025, 7:52 am
Malaysia sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
November 14, 2025, 7:47 am
Exco Kedah mohon maaf, nafi niat hina rakyat Sabah
November 14, 2025, 7:40 am
Kemboja, Thailand beri komitmen teruskan usaha damai - Anwar
November 14, 2025, 7:35 am
Maimunah dilantik Penasihat Hartanah Petronas mulai 17 November
November 14, 2025, 7:31 am
