Berita Berita
Stor sukan SMK Jalan 3 Bangi musnah terbakar awal pagi
KUALA LUMPUR 14 Nov - Sebuah stor peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi, Bandar Baru Bangi, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Kejadian yang dilaporkan pada jam 6.54 pagi itu menyebabkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi serta BBP Kajang digerakkan bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Water Tanker.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kebakaran berlaku di sebuah bangunan stor berkeluasan 20 x 60 kaki persegi yang menempatkan pelbagai peralatan sukan.
“Bangunan stor ini terbakar sepenuhnya dan tiada mangsa berada di kawasan kejadian. Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.07 pagi selepas pasukan operasi menjalankan pemadaman awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi, sebelum anggota menjalankan kerja overhaul bagi memastikan tiada risiko kebakaran berulang.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 12:51 pm
26 warga tempatan ditahan kerana keluar negara tanpa kemuka pasport
November 14, 2025, 12:45 pm
MCMC menang saman terhadap 'admin' Edisi Siasat
November 14, 2025, 11:12 am
JHEAIK nafi kes tular wanita kahwin dua, sahkan perkahwinan pertama sudah terbubar
November 14, 2025, 10:41 am
Bilik guru SBPI Sungai Lang terbakar, bomba siasat punca kejadian
November 14, 2025, 10:30 am
Fadlun Mak Ujud Datuk Bandar KL baharu, ganti Maimunah
November 14, 2025, 8:43 am
Tak serik-serik, dua lelaki Malaysia ditahan di Sungai Golok berkaitan kes dadah, imigresen
November 14, 2025, 7:52 am
Malaysia sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
November 14, 2025, 7:47 am
Exco Kedah mohon maaf, nafi niat hina rakyat Sabah
November 14, 2025, 7:40 am
