TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Fadlun Mak Ujud Datuk Bandar KL baharu, ganti Maimunah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 Nov - Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu berkuat kuasa esok, bagi menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang perkhidmatannya dipendekkan setahun lebih awal.

Pelantikan Fadlun, 58, telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Maimunah menamatkan perkhidmatansebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini dan memulakan tugas sebagai Penasihat Hartanah Petronas pada Isnin ini.

Fadlun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah dan pengurusan bandar raya.

Sebelum pelantikan ini, beliau menyandang sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya sejak 2022.

+ - reset