Berita Berita
Bilik guru SBPI Sungai Lang terbakar, bomba siasat punca kejadian
SHAH ALAM 14 Nov - Suasana di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sungai Lang, Sabak Bernam, kecoh apabila bilik gurunya terbakar dalam satu insiden pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi.
Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian.
"Menurut laporan awal, kebakaran membabitkan bilik guru di tingkat bawah.
"Anggaran peratusan kebakaran adalah 10 peratus dan api berjaya dipadamkan," katanya ketika dihubungi.
Ahmad Mukhlis berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 12:56 pm
Duda tak sempat zip seluar, terkejut dicekup khalwat di bilik hotel
November 14, 2025, 12:51 pm
26 warga tempatan ditahan kerana keluar negara tanpa kemuka pasport
November 14, 2025, 12:45 pm
MCMC menang saman terhadap 'admin' Edisi Siasat
November 14, 2025, 11:12 am
JHEAIK nafi kes tular wanita kahwin dua, sahkan perkahwinan pertama sudah terbubar
November 14, 2025, 10:30 am
Fadlun Mak Ujud Datuk Bandar KL baharu, ganti Maimunah
November 14, 2025, 10:00 am
Stor sukan SMK Jalan 3 Bangi musnah terbakar awal pagi
November 14, 2025, 8:43 am
Tak serik-serik, dua lelaki Malaysia ditahan di Sungai Golok berkaitan kes dadah, imigresen
November 14, 2025, 7:52 am
Malaysia sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
November 14, 2025, 7:47 am
