Berita Berita
JHEAIK nafi kes tular wanita kahwin dua, sahkan perkahwinan pertama sudah terbubar
ALOR SETAR 14 Nov - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menegaskan tiada isu wanita berkahwin dua seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.
Pengarahnya, Datuk Dr Abd. Ghani Zainuddin berkata, tuduhan wanita berpoligami tidak berbangkit kerana perkahwinan pertamanya sudah terbubar secara rasmi sebelum dia melangsungkan perkahwinan kedua.
“Namun begitu, isu yang menjadi perhatian adalah tindakan wanita tersebut masih tinggal sebumbung dengan bekas suami tanpa ikatan pernikahan yang sah selepas berlakunya perceraian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, JHEAIK sedang menjalankan siasatan terhadap wanita berkenaan dan dua lelaki yang dikaitkan dengannya membabitkan tiga kesalahan di bawah undang-undang syariah negeri.
“Siasatan turut dijalankan ke atas dua lelaki yang dikaitkan dengan wanita berkenaan. Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah bercerai, namun masih menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu. Tidak timbul isu kahwin dua dalam hal ini.
“Bagi kes itu, wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 (Khalwat),” katanya.
Tambah beliau, wanita tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 berkaitan perbuatan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
“Kita juga menjalankan siasatan ke atas wanita berkenaan dan suaminya di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 berkaitan kesalahan berhubungan secara akad nikah, yang dibaca bersama Seksyen 14 enakmen sama berkaitan perkahwinan seseorang perempuan,” jelasnya.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan selepas wanita yang dikahwininya didakwa masih mempunyai suami sebelum ini.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 1:12 pm
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bukit Tinggi
November 14, 2025, 1:08 pm
Sanusi tegaskan kerajaan Kedah tidak gentar pertahan hak negeri
November 14, 2025, 1:01 pm
Dakwaan Malaysia antara lima tertinggi populasi transgender tidak dapat dipastikan
November 14, 2025, 12:56 pm
Duda tak sempat zip seluar, terkejut dicekup khalwat di bilik hotel
November 14, 2025, 12:51 pm
26 warga tempatan ditahan kerana keluar negara tanpa kemuka pasport
November 14, 2025, 12:45 pm
MCMC menang saman terhadap 'admin' Edisi Siasat
November 14, 2025, 10:41 am
Bilik guru SBPI Sungai Lang terbakar, bomba siasat punca kejadian
November 14, 2025, 10:30 am
