TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

26 warga tempatan ditahan kerana keluar negara tanpa kemuka pasport

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 Nov – Seramai 26 warganegara ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di laluan keluar motosikal Bangunan Iskandar pada 16 Oktober lalu.

Menurut AKPS, siasatan mendapati semua individu berkenaan meninggalkan Malaysia tanpa mengemukakan pasport kepada pegawai bertugas, sekali gus melanggar Seksyen 2(2) Akta Pasport 1960.

“Seramai 13 individu telah didakwa di Mahkamah Pati Pekan Nenas, Pontian, semalam dan dijatuhi hukuman denda RM1,500 setiap seorang.

“Tiga lagi yang merupakan pembonceng dibebaskan dengan amaran bertulis selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwaraya,” katanya dalam kenyataan.

AKPS memaklumkan, pada tarikh berasingan, 10 individu turut disabitkan kesalahan dan dikenakan denda RM1,000 seorang pada 6 November lalu.

Sehubungan itu, AKPS menasihati orang ramai yang melalui pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar, khususnya di laluan motosikal, supaya mematuhi arahan dan melapor kepada pegawai bertugas.

Tambahnya, laporan boleh dibuat secara manual atau menggunakan aplikasi yang disediakan ketika masuk atau keluar negara.

Tegas AKPS, mereka yang gagal berbuat demikian berisiko dikenakan tindakan undang-undang serta kemungkinan kehilangan pekerjaan kerana pasport boleh ditahan sepanjang siasatan dijalankan.

+ - reset