Berita Berita
Sanusi tegaskan kerajaan Kedah tidak gentar pertahan hak negeri
PETALING JAYA 14 Nov – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kerajaan negeri tidak akan gentar dalam mempertahankan hak dan kebenaran, meskipun berdepan tekanan politik serta cabaran semasa.
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menyifatkan perjuangan hari ini sebagai kesinambungan perjuangan nenek moyang yang pernah mempertahankan Kedah daripada kuasa luar.
“Saya adalah anak cucu kepada pejuang negeri ini. Saya yakin pada satu ketika, ketika kerajaan dan kepimpinan kita lemah, diserang, dilanyak dan dibunuh oleh kuasa besar.
“Di hati kecil, walaupun bernaung dalam kapal kecil di Sungai Merbok… mereka mengharapkan suatu hari nanti anak cucu akan bangkit menuntut kembali apa yang hilang,” katanya.
Menurut Sanusi, generasi hari ini — termasuk dirinya — adalah pewaris yang ditunggu oleh pejuang terdahulu.
“Kamilah anak cucu itu. Kami tidak gentar, kami tidak takut. Perjuangan ini akan diteruskan sampai kebenaran muncul, sama ada kami menang atau kami mati,” tegasnya.
Hantarannya itu dilihat sebagai mesej simbolik mengenai usaha kerajaan negeri mempertahankan kepentingan Kedah, selain menyuntik semangat penyokong agar terus teguh menghadapi tekanan semasa.
Di ruangan komen, ramai pengguna menyatakan sokongan dan berharap beliau terus memimpin negeri itu.
“Rakyat bersama MB. Jalan terus, pantang berundur,” tulis seorang pengguna, Wan Fazriyanti.
Seorang lagi pengguna, Zaini Musa, berkata keberanian Sanusi menjadikan beliau yakin bahawa pemimpin itu berpotensi menjadi pemimpin utama negara pada masa hadapan.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 2:14 pm
Polis sahkan pengasas eHATI dan suami lari ke luar negara sehari sebelum didakwa
November 14, 2025, 2:03 pm
MAHB sedia beri kerjasama dengan SPRM siasat isu gangguan Aerotrain
November 14, 2025, 1:12 pm
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bukit Tinggi
November 14, 2025, 1:01 pm
Dakwaan Malaysia antara lima tertinggi populasi transgender tidak dapat dipastikan
November 14, 2025, 12:56 pm
Duda tak sempat zip seluar, terkejut dicekup khalwat di bilik hotel
November 14, 2025, 12:51 pm
26 warga tempatan ditahan kerana keluar negara tanpa kemuka pasport
November 14, 2025, 12:45 pm
