Berita Berita
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bukit Tinggi
SHAH ALAM 14 Nov – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes tembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Klang dan kini direman sehingga 17 November.
“Siasatan masih berjalan dan kita menyiasat daripada pelbagai aspek termasuk kemungkinan elemen kongsi gelap.
“Kita juga perlu meneliti latar belakang mangsa. Beri ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara adil dan menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar pelupusan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Dalam kejadian 7 November lalu, rakaman CCTV di stesen minyak berkenaan tular di media sosial, memaparkan seorang individu menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pelanggan.
Mangsa berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami beberapa kecederaan tembakan pada bahagian dada dan perut.
Polis turut mengesahkan mangsa merupakan individu dikehendaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 2:14 pm
Polis sahkan pengasas eHATI dan suami lari ke luar negara sehari sebelum didakwa
November 14, 2025, 2:03 pm
MAHB sedia beri kerjasama dengan SPRM siasat isu gangguan Aerotrain
November 14, 2025, 1:08 pm
Sanusi tegaskan kerajaan Kedah tidak gentar pertahan hak negeri
November 14, 2025, 1:01 pm
Dakwaan Malaysia antara lima tertinggi populasi transgender tidak dapat dipastikan
November 14, 2025, 12:56 pm
Duda tak sempat zip seluar, terkejut dicekup khalwat di bilik hotel
November 14, 2025, 12:51 pm
26 warga tempatan ditahan kerana keluar negara tanpa kemuka pasport
November 14, 2025, 12:45 pm
