Berita Berita
'Tun M mampu bina semula negara' - Mohd Zaid cadang Tun M diangkat jadi PM sekali lagi jika gabungan ‘Payung Melayu’ menang PRU
KUALA LUMPUR 14 Nov - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan parti Melayu yang disifatkannya sebagai ‘Payung Melayu’ berjaya menguasai majoriti kerusi pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Dalam kenyataan terbaharu, Mohd Zaid menyifatkan gabungan itu merangkumi PAS, Bersatu dan beberapa parti kecil lain sebagai peluang terakhir untuk masyarakat Melayu “mengembalikan kuasa dan mentadbir negara mengikut semangat kemerdekaan”.
Beliau berpendapat Dr. Mahathir masih tokoh paling layak menerajui negara, namun menegaskan bekas Perdana Menteri itu perlu terlebih dahulu menyatakan kesediaan untuk memberikan pengampunan kepada Datuk Seri Najib Razak.
“Jika beliau sanggup mengampunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018, mengapa tidak Najib? Najib mungkin menyebabkan kerugian US$680 juta, tetapi lihat kerugian negara di bawah pentadbiran sekarang,” katanya.
Mohd Zaid turut mempersoalkan retorik mengenai Tanah Melayu sedangkan menurutnya, kepimpinan Melayu gagal mempertahankan kedaulatan politik dan terus “berserah kepada kuasa dalam dan luar negara tanpa perlawanan”.
Dalam kenyataan itu, beliau menggambarkan Dr. Mahathir sebagai “patriot sejati” dan menyifatkan sumbangan bekas Perdana Menteri dua kali itu sebagai paling besar dalam sejarah negara.
"Untuk segala kelemahannya, Tun masih patriot tulen. Beliau boleh membina semula negara. Saya merayu kepada Tuan Guru dan Tan Sri Muhyiddin agar memberi Tun satu peluang lagi supaya kita semua mempunyai masa depan," katanya.
Cadangan Mohd Zaid itu dijangka mencetuskan perbincangan politik baharu dalam kalangan parti pembangkang serta penyokong gabungan Melayu yang disebutkannya.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 2:14 pm
Polis sahkan pengasas eHATI dan suami lari ke luar negara sehari sebelum didakwa
November 14, 2025, 2:03 pm
MAHB sedia beri kerjasama dengan SPRM siasat isu gangguan Aerotrain
November 14, 2025, 1:12 pm
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bukit Tinggi
November 14, 2025, 1:08 pm
Sanusi tegaskan kerajaan Kedah tidak gentar pertahan hak negeri
November 14, 2025, 1:01 pm
Dakwaan Malaysia antara lima tertinggi populasi transgender tidak dapat dipastikan
November 14, 2025, 12:56 pm
Duda tak sempat zip seluar, terkejut dicekup khalwat di bilik hotel
November 14, 2025, 12:51 pm
26 warga tempatan ditahan kerana keluar negara tanpa kemuka pasport
November 14, 2025, 12:45 pm
