Berita Berita
MAHB sedia beri kerjasama dengan SPRM siasat isu gangguan Aerotrain
SEPANG 14 Nov - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan belum menerima sebarang permintaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berkaitan beberapa insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Julai lalu.
Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya siasatan diperlukan.
Beliau mengulas laporan media sebelum ini yang menyatakan SPRM akan menyiasat projek Aerotrain KLIA sekiranya terdapat unsur rasuah atau penyelewengan.
"Saya belum menerima sebarang permintaan daripada mereka untuk masuk (menyiasat).
"Sebagai sebuah agensi berkaitan kerajaan, kami bersedia untuk bekerjasama dengan agensi berkenaan," katanya pada sesi taklimat media dan sidang akhbar mengenai Pelan Tindakan Komprehensif Aerotrain KLIA, di sini hari ini.
MAHB kini sedang melaksanakan pelan pemulihan menyeluruh bagi memastikan sistem Aerotrain kembali beroperasi dengan lebih lancar selepas beberapa gangguan yang tular dan menimbulkan keresahan pengguna sebelum ini.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 4:51 pm
Kerajaan ada 48 jam bayar RM1.1 juta kepada ibu mendiang model Belanda
November 14, 2025, 4:49 pm
Perhilitan Terengganu tegur lelaki beri makan tapir untuk siaran langsung
November 14, 2025, 4:43 pm
Inspektor Sheila buat tiga laporan polis
November 14, 2025, 2:14 pm
Polis sahkan pengasas eHATI dan suami lari ke luar negara sehari sebelum didakwa
November 14, 2025, 1:12 pm
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bukit Tinggi
November 14, 2025, 1:08 pm
Sanusi tegaskan kerajaan Kedah tidak gentar pertahan hak negeri
November 14, 2025, 1:01 pm
