Berita Berita
Polis sahkan pengasas eHATI dan suami lari ke luar negara sehari sebelum didakwa
SHAH ALAM 14 Nov - Pengasas program eHATI bersama suaminya yang kini dikehendaki polis disahkan melarikan diri ke sebuah negara di Asia Tenggara sehari sebelum mereka dijadualkan didakwa di mahkamah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata semakan mendapati pasangan itu meninggalkan Malaysia melalui laluan sah pada 13 Oktober, iaitu sehari sebelum pertuduhan dijadualkan pada 14 Oktober.
“Kita telah mengenal pasti negara yang mereka tuju dan PDRM akan berhubung dengan rakan strategik di negara berkenaan bagi membantu mengesan dua individu yang telah dikeluarkan waran tangkap ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan negara tersebut bagi mengelakkan sebarang kesukaran dalam usaha mengesan mereka.
“(Yang pasti mereka berada) di kawasan Asia Tenggara,” tegasnya.
Sebelum ini, polis mengesahkan dua individu termasuk pengasas eHATI dikehendaki selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka. Pasangan itu sepatutnya didakwa bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai doktor kesihatan dan kecantikan serta fasilitator eHATI.
Siasatan polis sebelum ini turut mendedahkan 95 individu telah dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15, September tahun lalu.
Dalam penganjuran itu, turut berlaku adegan bogel ketika acara “Queen’s Night” melibatkan empat fasilitator program berkenaan.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 4:51 pm
Kerajaan ada 48 jam bayar RM1.1 juta kepada ibu mendiang model Belanda
November 14, 2025, 4:49 pm
Perhilitan Terengganu tegur lelaki beri makan tapir untuk siaran langsung
November 14, 2025, 4:43 pm
Inspektor Sheila buat tiga laporan polis
November 14, 2025, 2:03 pm
MAHB sedia beri kerjasama dengan SPRM siasat isu gangguan Aerotrain
November 14, 2025, 1:12 pm
Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bukit Tinggi
November 14, 2025, 1:08 pm
Sanusi tegaskan kerajaan Kedah tidak gentar pertahan hak negeri
November 14, 2025, 1:01 pm
