TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Inspektor Sheila buat tiga laporan polis

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 Nov – Polis mengesahkan tiga laporan telah dibuat Inspektor Sheila berhubung rasa tidak puas hati terhadap beberapa insiden melibatkan dirinya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan pertama berkaitan ketidakpuasan hati wanita itu terhadap tangkapan dijalankan ke atasnya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Laporan ini dirujuk kepada laporan asal untuk semakan mengikut prosedur siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, laporan kedua dibuat kerana Sheila mendakwa anggota polis tidak menghormatinya sebagai pegawai kanan.

“Hasil penelitian, kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) sebelum dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard,” katanya.

Menurutnya, laporan ketiga pula dibuat kerana Sheila tidak berpuas hati terhadap seorang peniaga makanan di bawah pokok ketapang.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai NOD (No Offence Disclosed) selepas semakan mendapati tiada elemen kesalahan,” katanya.

Terdahulu, tular video menunjukkan pertengkaran antara Sheila dan seorang lelaki dipercayai pemilik gerai makan di ibu negara.

Media sebelum ini melaporkan Sheila didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menghalang tugas polis minggu lalu. Sheila Sharon Steven Kumar, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

+ - reset