TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perhilitan Terengganu tegur lelaki beri makan tapir untuk siaran langsung

By
|
Kongsi
image

DUNGUN 14 Nov– Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menegur tindakan seorang lelaki yang kerap membuat siaran langsung memberi makan beberapa ekor tapir di Kampung Rantau Abang.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, perbuatan itu dikesan selepas pihaknya menerima aduan daripada pengguna media sosial kelmarin.

“Siasatan mendapati aduan tersebut benar dan individu terbabit telah dikesan.

“Dia diberi amaran agar tidak mengulangi perbuatan memberi makan tapir yang merupakan haiwan dilindungi,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut Kean Seong, niat lelaki itu mungkin baik, namun tindakannya boleh mengganggu kitaran hidup haiwan liar terbabit.

Beliau berkata, kumpulan tapir itu berkemungkinan berasal dari kawasan hutan berhampiran.

Difahamkan, lelaki tersebut sering membuat siaran langsung memberi buah-buahan kepada tapir dipercayai untuk menarik tontonan ramai, manakala haiwan itu pula kerap berkeliaran di sekitar Kampung Rantau Abang termasuk berhampiran rumahnya.

+ - reset