Berita Berita
KKR jelaskan laluan ke Genting Highlands bukan Jalan Persekutuan
KUALA LUMPUR 14 Nov – Kementerian Kerja Raya (KKR) menegaskan bahawa laluan memasuki Jalan Genting Highlands bukan merupakan Jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milikan persendirian.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mengambil maklum isu yang mendapat perhatian umum itu dan memahami kebimbangan orang ramai.
“Berdasarkan semakan awal KKR serta maklumat diterima, laluan tersebut bukan Jalan Persekutuan, sebaliknya berada di atas tanah milikan persendirian.
“Namun, aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan kawal selia bagi laluan seperti ini terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong.
“Pada masa ini, KKR tidak mempunyai kuasa perundangan atau regulatori terhadap laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan mengenakan bayaran terhadap kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Menurut syarikat itu, maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas butiran caj bagi jalan persendirian tersebut disiapkan.
Genting Malaysia menjelaskan bahawa bayaran itu diperlukan kerana kos penyelenggaraan sepanjang laluan 24 kilometer berserta cerunnya telah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat sejak tahun 1960-an.
Berita berkaitan
November 14, 2025, 4:58 pm
KDNK naik 5.2 peratus, bukti ekonomi bawah Kerajaan Madani semakin kuat - Fahmi
November 14, 2025, 4:51 pm
Kerajaan ada 48 jam bayar RM1.1 juta kepada ibu mendiang model Belanda
November 14, 2025, 4:49 pm
Perhilitan Terengganu tegur lelaki beri makan tapir untuk siaran langsung
November 14, 2025, 4:43 pm
Inspektor Sheila buat tiga laporan polis
November 14, 2025, 2:14 pm
Polis sahkan pengasas eHATI dan suami lari ke luar negara sehari sebelum didakwa
November 14, 2025, 2:03 pm
MAHB sedia beri kerjasama dengan SPRM siasat isu gangguan Aerotrain
November 14, 2025, 1:12 pm
