TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jasad remaja lelaki berusia 14 tahun hanyut arus deras di Kajang akhirnya ditemukan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 6 Dis– Operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga berakhir petang tadi selepas pasukan SAR Bersepadu menemukan mayat seorang lagi remaja yang dihanyutkan arus deras di belakang Giant Prima Saujana, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, penemuan itu mengakhiri penantian penuh harapan keluarga yang menunggu perkembangan sejak tragedi berkenaan berlaku.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan al-Fatihah dan mendoakan agar roh kedua-dua adik ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Beliau turut mendoakan agar keluarga kedua-dua mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat tersebut.

Dalam masa sama, Johan menyampaikan penghargaan kepada keseluruhan Pasukan Bersepadu SAR yang bertungkus-lumus menjalankan operasi sejak Khamis lalu, termasuk Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof yang mengetuai misi pencarian itu.

Sebelum ini, media melaporkan dua beradik berusia 12 dan 14 tahun hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang besar di Taman Prima Saujana.

Mayat adik berusia 12 tahun ditemukan terlebih dahulu pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka terjatuh.

+ - reset