Berita Berita
Selayang ‘dikepung’, 7 agensi gempur koloni warga asing, 843 PATI ditahan
SELAYANG 7 Dis - Kawasan Selayang Baru malam tadi ‘dikepung’ tujuh agensi penguat kuasa dalam operasi bersepadu besar-besaran bagi membanteras kewujudan koloni warga asing di sekitar Pasar Selayang dan Pasar Tani Selayang.
Operasi bermula jam 8 malam itu menyaksikan 1,116 individu diperiksa sebelum 843 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Serbuan itu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan diketuai Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi MKN Negeri, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak berkuasa tempatan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata operasi dilakukan susulan aduan awam mengenai lambakan warga asing serta aktiviti perniagaan tanpa lesen yang semakin meresahkan penduduk tempatan.
“Kita menerima banyak aduan dan apabila perkara ini dibangkitkan, kita bertindak. Lokasi ini adalah hotspot berdasarkan laporan orang ramai dan menjadi tumpuan aktiviti ekonomi warga asing.
“Operasi ini adalah ingatan tegas kepada semua termasuk warga tempatan yang menggaji pekerja asing supaya mematuhi undang-undang serta memastikan dokumen mereka sah,” katanya pada sidang media selepas operasi tamat.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli.
Pecahan Tahanan Mengikut Negara Asal:
-
Myanmar: 647 (617 lelaki, 30 wanita)
-
Nepal: 102
-
Bangladesh: 79
-
Indonesia: 15 (10 lelaki, 5 wanita)
-
India: 10
Daripada jumlah keseluruhan, 273 individu dilepaskan selepas mengemukakan dokumen perjalanan sah.
Selain itu, operasi turut menahan dua warga tempatan yang didapati positif dadah.
Mengulas mengenai kemungkinan pekerja sah yang ditahan kerana dokumen dipegang majikan, Amirudin menggesa majikan terbabit untuk tampil segera menuntut pekerja di lokasi tahanan atau menghubungi JIM dan polis.
“Operasi ini bukan untuk menzalimi mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan tegas agar semua mematuhi undang-undang. Majikan perlu menggunakan saluran sah untuk menggaji pekerja bagi mengelakkan gangguan operasi perniagaan dan demi keselamatan negara,” katanya.
Operasi bersepadu berkenaan dijangka diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan itu bebas daripada aktiviti tidak berlesen serta pelanggaran imigresen.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 11:55 am
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
December 9, 2025, 11:47 am
Hatyai banjir, tempahan hotel di Langkawi naik 90 peratus buat pertama kali tahun ini
December 9, 2025, 10:56 am
Penempatan sekolah di Putrajaya, isu alamat ‘dummy’ dibawa ke KPM
December 9, 2025, 10:51 am
Anwar titip doa, semangat kepada kontinjen Sukan SEA Thailand
December 9, 2025, 10:38 am
KKM perincikan langkah pengharaman vape sebelum dibawa ke Kabinet
December 9, 2025, 10:30 am
Ini punca jururawat tak cukup hingga 2026
December 9, 2025, 10:08 am
'Tak perlu kelam kabut' - Speaker DUN Sabah akan maklum kekosongan kerusi bila tiba masa sesuai
December 9, 2025, 9:07 am
Lebih sedekad cari MH370 tak jumpa, mahkamah Beijing arah MAS bayar RM1.7 juta kepada waris penumpang
December 8, 2025, 9:09 pm
Kerajaan, PDRM diperintah bayar RM1.1 juta kepada keluarga lelaki meninggal dalam lokap
December 8, 2025, 8:46 pm
