TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Kerajaan tak patut berhutang dengan rakyat' - Anwar umum kerajaan tambah RM2 bilion lagi percepat bayaran balik cukai

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 7 Dis – Kerajaan Perpaduan menambah peruntukan bayaran balik cukai kepada rakyat daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi memastikan semua tunggakan dapat diselesaikan dengan lebih cepat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja wajar malah selaras dengan prinsip moral dan ihsan di bawah gagasan MADANI, memandangkan kerajaan tidak seharusnya berhutang dengan rakyat, sama seperti rakyat tidak patut berhutang dengan kerajaan.

Beliau berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan memulakan pembayaran balik secara berperingkat mulai esok kepada pembayar cukai berkelayakan.

“Jika jumlah itu masih belum mencukupi, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN sedang meneliti bagaimana tambahan perlu dibuat.

“Ini soal conscience, soal MADANI, soal ihsan dan hormat. Dahulu, kalau bilionair berhutang, penyelesaian mudah. Tetapi rakyat kecil dituntut tanpa rundingan. Amalan ini mesti diubah. Begitu juga hutang kerajaan kepada syarikat, mesti diselesaikan segera,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya, hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan itu bagi mempercepat bayaran balik cukai tertunggak, khususnya kepada peniaga kecil yang terkesan dengan kelewatan proses sebelumnya.

 

+ - reset