TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Imigresen gempur 13 rumah pelacuran di Kuala Lumpur, 139 PATI dari enam negara ditahan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 8 Dis – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 139 warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi bersepadu yang menyasarkan 13 premis dipercayai menjadi pusat kegiatan maksiat dan pelacuran sekitar ibu negara, semalam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman, berkata operasi bermula jam 11.30 pagi itu memberi tumpuan di beberapa kawasan tumpuan warga asing termasuk Jalan Petaling, Jalan Imbi dan Jalan Pudu, dengan 205 individu diperiksa.

“Hasil tindakan operasi, 139 individu yang disyaki PATI berjaya ditahan termasuk 112 wanita. Mereka berusia antara 20 hingga 65 tahun dan berasal dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Nepal dan Sri Lanka.

“Selain itu, 20 lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki bertindak sebagai kapten atau penjaga premis,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati perkhidmatan pelacuran ditawarkan pada harga serendah RM60 kepada pelanggan tempatan dan asing. Wanita terbabit bekerja di premis berkenaan, namun menyewa tempat tinggal di lokasi lain.

Premis itu juga dipercayai beroperasi 24 jam sehari dengan dua syif – 6 pagi hingga 6 petang dan bersambung sehingga keesokan hari – selain membenarkan pelanggan datang tanpa tempahan.

“Pemeriksaan turut mendapati struktur premis diubah suai secara haram dengan pemasangan dinding pemisah. JIM akan menyalurkan maklumat ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam salah satu serbuan di Jalan Petaling, sebuah kereta membawa beberapa warga asing cuba melarikan diri namun berjaya dipintas.

Seorang lelaki warga Bangladesh serta empat wanita yang disyaki PATI kemudiannya ditahan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen KLIA, Beranang dan Semenyih untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

 

+ - reset