Berita Berita
'Saya sebagai manusia, saya juga faham orang marah' - Anwar tak salahkan rakyat Sabah
KUALA LUMPUR 8 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkecil hati dengan keluhan rakyat yang mempersoalkan kemampuan kerajaan menyelesaikan isu asas di beberapa negeri, termasuk Sabah, yang masih berdepan kekurangan utiliti penting.
Menyentuh keadaan di negeri itu, Anwar berkata rakyat Sabah masih terpaksa bergelut dengan masalah elektrik, air dan jalan rosak biarpun kerajaan negeri dan persekutuan silih berganti memerintah sejak sekian lama.
"Saya sebagai manusia, saya juga faham orang marah. Dia (rakyat) kata dengar Perdana Menteri, menteri dan kerajaan silih berganti, tetapi air belum berganti. Elektrik belum pasang. Jalan berlubang-lubang.
"Dia resah dan belum cukup yakin (terhadap kerajaan). Saya tidak salahkan mereka. Walaupun kita sudah luluskan jumlah kewangan paling besar dalam sejarah (untuk Sabah).
"Keseluruhan perbelanjaan pembangunan dan mengurus Sabah bernilai RM17 bilion. Bagi kemudahan air pula hampir RM1 bilion, manakala elektrik RM1.2 bilion. Namun (projek pembinaan bagi infrastruktur berkenaan) belum siap.
"Selagi (projek) belum siap, dia terasa terpinggir sekian lama dan kita boleh faham. Sebab ini saya tak ambil sikap sesetengah orang politik, sebaliknya cuba memahami derita mereka kerana saya pernah melalui liku kehidupan yang agak sukar," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) sempena Himpunan Bulanan kementerian itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Azman Ibrahim.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 9:29 pm
'Selama ni kita bayar melalui aplikasi JPJ tu siapa uruskan?' - Akmal Saleh persoal pelantikan ejen JPJ
December 9, 2025, 8:11 pm
Henti sebar video remaja 17 tahun hidu gam – ADUN Bayan Lepas
December 9, 2025, 8:06 pm
Pasangan suami isteri dipenjara sehari, denda RM800 kerana curi barangan RM70.69
December 9, 2025, 8:00 pm
Pelantikan ejen JPJ tidak libat kos kerajaan
December 9, 2025, 7:58 pm
Asyraf Wajdi akan panggil Rita Rudaini, MRSM Sungai Besar selesai isu saman fitnah
December 9, 2025, 7:50 pm
Malaysia yakin gencatan senjata Thailand–Kemboja bermula 10 malam ini
December 9, 2025, 7:32 pm
Kelayakan subsidi BUDI95 tidak terjejas akibat saman tertunggak – Anthony Loke
December 9, 2025, 6:23 pm
Pemandu ambulans maut, tiga cedera termasuk pesakit dalam nahas di Kluang
December 9, 2025, 4:21 pm
JPN Kedah siasat 'influencer' TikTok rasmi majlis anugerah akademik di sekolah
December 9, 2025, 3:32 pm
