TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

52,948 guru baharu dilantik sejak 2023, pengisian sekolah capai 98 peratus

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Dis – Seramai 52,948 guru baharu telah dilantik dari tahun 2023 hingga 2025 bagi memenuhi keperluan pengisian di sekolah seluruh negara, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, kadar pengisian guru kini telah mencecah 98 peratus, sekali gus menunjukkan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan sistem pendidikan terbaik untuk anak-anak Malaysia.

“Kekurangan guru adalah antara isu utama yang ditangani sepanjang tiga tahun Reformasi Pendidikan.

“Lantikan guru baharu 2023-2025 ialah:
• 2023: 18,792
• 2024: 13,983
• 2025: 20,173,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius isu kekurangan guru, khususnya bagi opsyen mata pelajaran kritikal.

Menurutnya, kementerian sentiasa memperkukuh kerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan bagi memastikan pengambilan guru dapat dipercepatkan.

“Beberapa kaedah dipersetujui dan dilaksanakan untuk membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru.

“Bagi langkah jangka pendek dan sederhana, KPM melaksanakan pengambilan guru menggunakan kluster mata pelajaran serta memperluas pengambilan kepada graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan luar negara.

“KPM juga akan melantik guru secara Contract of Service (CoS) dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan,” katanya.

+ - reset