Berita Berita
Lebih sedekad cari MH370 tak jumpa, mahkamah Beijing arah MAS bayar RM1.7 juta kepada waris penumpang
BEIJING 9 Dis - Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang di Beijing mengarahkan Malaysia Airlines (MAS) membayar pampasan kepada waris lapan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak lebih satu dekad lalu.
Dalam kenyataan rasmi, mahkamah memaklumkan setiap keluarga terbabit bakal menerima lebih 2.9 juta yuan (RM1.69 juta), meliputi kos pengebumian, tekanan emosi dan kerugian lain. Keputusan itu dikeluarkan pada Jumaat lalu.
Selain itu, sebanyak 47 saman lain yang difailkan keluarga mangsa telah ditarik balik selepas mencapai penyelesaian di luar mahkamah bersama MAS serta anak syarikat antarabangsa syarikat itu, Malaysia Airlines International.
Daripada 78 kes asal yang difailkan sejurus tragedi berlaku, 23 kes masih belum diputuskan. Menurut mahkamah, kelewatan itu dipercayai berpunca daripada ahli keluarga yang belum memohon atau melengkapkan proses pengisytiharan kematian. Bagi lapan penumpang yang kesnya diputuskan, kesemua mereka telah diisytiharkan meninggal dunia secara sah.
Pesawat Boeing 777 itu membawa 239 penumpang dan anak kapal apabila ia hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Dua pertiga penumpang terdiri daripada warga China, selain rakyat Malaysia, Indonesia, Australia, India, Amerika Syarikat, Belanda dan Perancis.
Pengumuman keputusan mahkamah China ini menyusul beberapa hari selepas kerajaan Malaysia mengesahkan operasi pencarian MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini, diketuai syarikat pencarian Ocean Infinity.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), operasi selama 55 hari itu akan memberi tumpuan kepada kawasan yang dikenal pasti mempunyai kemungkinan tertinggi menemui pesawat berkenaan, selaras perjanjian perkhidmatan antara kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity.
Perkembangan itu turut dialu-alukan oleh Kementerian Luar China serta waris mangsa, yang menantikan kepastian mengenai nasib pesawat terbabit sejak tragedi itu berlaku lebih 10 tahun lalu.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 2:24 pm
Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadang pelantikan dalam kerajaan negeri
December 9, 2025, 2:15 pm
Kadar keciciran murid menurun, KPM perkenal modul intervensi baru
December 9, 2025, 2:11 pm
UEC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan - pakar
December 9, 2025, 2:06 pm
Dua wanita Filipina ditahan kerana didakwa guna MyKad palsu di Johor Bahru
December 9, 2025, 2:03 pm
Kes rasuah fidlot: 'Saya bukan Menteri Besar ketika itu' - Sanusi
December 9, 2025, 2:00 pm
Dituduh dalang aktiviti songsang, Menteri Agama ambil tindakan undang-undang
December 9, 2025, 11:55 am
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
December 9, 2025, 11:47 am
Hatyai banjir, tempahan hotel di Langkawi naik 90 peratus buat pertama kali tahun ini
December 9, 2025, 10:56 am
Penempatan sekolah di Putrajaya, isu alamat ‘dummy’ dibawa ke KPM
December 9, 2025, 10:51 am
