Berita Berita
'Tak perlu kelam kabut' - Speaker DUN Sabah akan maklum kekosongan kerusi bila tiba masa sesuai
KUALA LUMPUR 9 Dis - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Lamag kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa yang difikirkan sesuai, susulan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Kadzim menegaskan, proses berkenaan tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa bagi menghormati keluarga Allahyarham.
“Tidak perlu kelam kabut kerana kubur masih merah, bunga pun masih segar. Kita menghormati dahulu keluarga Allahyarham.
“Saya akan mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara sebelum memaklumkan notis pengosongan kepada SPR,” katanya ketika dihubungi BH.
Mengulas jangkaan tempoh pemakluman rasmi kepada SPR, beliau berkata keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan majlis angkat sumpah ADUN baharu serta pembentangan Belanjawan Negeri.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, 29 November lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul gabungan terbesar dengan kemenangan 29 kerusi, diikuti Parti Warisan Sabah (WARISAN) dengan 25 kerusi dan Barisan Nasional (BN) enam kerusi daripada keseluruhan 73 kerusi.
Bung Moktar yang mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi pada PRN itu, meninggal dunia Jumaat lalu sebelum sempat mengangkat sumpah sebagai ADUN.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 2:24 pm
Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadang pelantikan dalam kerajaan negeri
December 9, 2025, 2:15 pm
Kadar keciciran murid menurun, KPM perkenal modul intervensi baru
December 9, 2025, 2:11 pm
UEC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan - pakar
December 9, 2025, 2:06 pm
Dua wanita Filipina ditahan kerana didakwa guna MyKad palsu di Johor Bahru
December 9, 2025, 2:03 pm
Kes rasuah fidlot: 'Saya bukan Menteri Besar ketika itu' - Sanusi
December 9, 2025, 2:00 pm
Dituduh dalang aktiviti songsang, Menteri Agama ambil tindakan undang-undang
December 9, 2025, 11:55 am
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
December 9, 2025, 11:47 am
Hatyai banjir, tempahan hotel di Langkawi naik 90 peratus buat pertama kali tahun ini
December 9, 2025, 10:56 am
Penempatan sekolah di Putrajaya, isu alamat ‘dummy’ dibawa ke KPM
December 9, 2025, 10:51 am
