Berita Berita
Ini punca jururawat tak cukup hingga 2026
KUALA LUMPUR 9 Dis - Pengurangan ambilan pelatih Diploma Kejururawatan semasa pandemik COVID-19 kini memberi kesan ketara kepada jumlah graduan yang dihasilkan oleh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), situasi itu turut menyebabkan kekurangan tenaga jururawat, terutamanya di fasiliti baharu serta fasiliti yang menampung populasi tinggi.
Pada tahun 2021, ambilan pelatih di ILKKM merosot kepada hanya 153 orang — angka yang jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun biasa — sehingga menjejaskan keluaran graduan pada 2024.
“Selain itu, pewujudan jawatan tambahan bagi pengoperasian fasiliti baharu atau dinaik taraf yang tidak seiring dengan pengeluaran graduan kejururawatan secara tidak langsung meningkatkan jumlah kekosongan jururawat di KKM.
“Sebanyak 12,925 jawatan tambahan jururawat diwujudkan dari 2021 hingga 2024, namun dalam tempoh sama ILKKM hanya mengeluarkan 4,220 graduan atau 33 peratus daripada keperluan,” jelas kementerian dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.
Kenyataan itu menjawab pertanyaan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran keperluan jururawat di hospital, klinik dan kemudahan kesihatan Persekutuan menjelang 2030.
Keperluan melonjak, pengisian masih rendah
KKM turut memaklumkan bahawa beberapa fasilitinya kini memerlukan lebih ramai jururawat berbanding norma asal ekoran faktor luar jangka seperti peningkatan mendadak pesakit pada waktu puncak, penularan wabak dan penyakit berjangkit.
Sehingga September lalu, seramai 69,494 jururawat berkhidmat di bawah KKM — kadar pengisian 83 peratus daripada 84,286 perjawatan yang diwujudkan.
Bagi memastikan operasi fasiliti mencapai tahap optimum, KKM menyasarkan kadar pengisian sekurang-kurangnya 90 peratus di semua hospital, klinik kesihatan dan institusi.
Pada tahun ini, seramai 3,254 jururawat telah dilantik secara tetap, manakala sebanyak 935 graduan ILKKM disasarkan untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U5 pada 2026 — peningkatan 53 peratus berbanding 613 graduan yang dilantik tahun ini.
KKM turut meningkatkan jumlah pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan ILKKM kepada 3,343 orang pada tahun ini, berbanding 2,265 pada 2024 dan 1,667 pada 2023.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 2:24 pm
Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadang pelantikan dalam kerajaan negeri
December 9, 2025, 2:15 pm
Kadar keciciran murid menurun, KPM perkenal modul intervensi baru
December 9, 2025, 2:11 pm
UEC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan - pakar
December 9, 2025, 2:06 pm
Dua wanita Filipina ditahan kerana didakwa guna MyKad palsu di Johor Bahru
December 9, 2025, 2:03 pm
Kes rasuah fidlot: 'Saya bukan Menteri Besar ketika itu' - Sanusi
December 9, 2025, 2:00 pm
Dituduh dalang aktiviti songsang, Menteri Agama ambil tindakan undang-undang
December 9, 2025, 11:55 am
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
December 9, 2025, 11:47 am
Hatyai banjir, tempahan hotel di Langkawi naik 90 peratus buat pertama kali tahun ini
December 9, 2025, 10:56 am
Penempatan sekolah di Putrajaya, isu alamat ‘dummy’ dibawa ke KPM
December 9, 2025, 10:51 am
