TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 9 Dis - Wisma Putra memaklumkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas susulan gempa bumi berkuasa 7.5 magnitud yang melanda timur laut Jepun pada 11.15 malam waktu tempatan, Isnin.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, kejadian berlaku pada kedalaman 54 kilometer, kira-kira 80 kilometer dari pesisir Aomori, sebelum mencetuskan amaran tsunami yang kemudiannya ditarik balik oleh pihak berkuasa Jepun.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo kini berada dalam keadaan siap siaga dan terus memantau situasi dengan rapat, selain berhubung secara berterusan dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini. Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau melancong di kawasan terjejas supaya berwaspada, mengelak kawasan pantai, serta mematuhi arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.

Rakyat Malaysia di Jepun juga digalakkan mendaftar keberadaan mereka dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan dengan cepat sekiranya diperlukan.

Untuk bantuan konsular, Kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi melalui:

+81-3-3476-3840 (pertanyaan umum) +81-80-4322-3366 (kecemasan) E-mel: consular.tyo@kln.gov.my

Wisma Putra memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

+ - reset