Berita Berita
Dituduh dalang aktiviti songsang, Menteri Agama ambil tindakan undang-undang
PUTRAJAYA 9 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial yang menuduhnya dalang aktiviti songsang.
Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Na’im menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak benar, bersifat fitnah dan berniat jahat. Beliau memaklumkan bahawa firma guaman Akberdin & Co telah mengeluarkan Notice of Demand kepada individu berkenaan.
“Kandungan yang diterbitkan, sebagaimana dinyatakan dalam notis peguam, bukan sahaja mengandungi dakwaan tidak berasas, malah boleh merosakkan reputasi, maruah serta kedudukan saya sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Malaysia,” katanya pada Selasa.
Mohd Na’im menegaskan tuduhan itu juga mencemarkan integriti institusi Hal Ehwal Agama yang dipimpinnya.
“Tindakan undang-undang ini diambil bagi mempertahankan kebenaran, melindungi reputasi dan menghentikan penyebaran fitnah yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan keyakinan terhadap institusi agama negara,” ujar beliau.
Beliau menjelaskan bahawa tindakan sivil itu dilakukan berdasarkan hak undang-undang beliau sebagai warganegara dan bukan untuk menghukum sesiapa secara peribadi.
“Tujuannya adalah memastikan ruang digital tidak disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian, manipulasi persepsi dan meruntuhkan kepercayaan masyarakat melalui maklumat palsu,” katanya.
Mohd Na’im menambah bahawa tindakan lanjut berkaitan kes tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada firma guaman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Beliau menegaskan komitmen untuk menghormati proses perundangan dan menyerahkan penyelesaian isu kepada prosedur sewajarnya.
“Saya akan terus memberikan tumpuan kepada agenda Malaysia Madani, pengukuhan syiar Islam, pemerkasaan institusi agama serta kebajikan ummah di seluruh negara,” katanya.
Hujung bulan lalu, negara dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah spa di Kuala Lumpur yang dipercayai menjalankan aktiviti songsang. Seramai 202 individu termasuk 17 penjawat awam yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral telah dicekup dalam serbuan tersebut.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 3:32 pm
Majikan terbeban, Guan Eng gesa kerajaan mansuh penalti RM10,000 SIP
December 9, 2025, 2:45 pm
Ingatkan gastrik, remaja 16 tahun hamil dirogol lelaki Bangladesh sebanyak empat kali
December 9, 2025, 2:24 pm
Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadang pelantikan dalam kerajaan negeri
December 9, 2025, 2:15 pm
Kadar keciciran murid menurun, KPM perkenal modul intervensi baru
December 9, 2025, 2:11 pm
UEC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan - pakar
December 9, 2025, 2:06 pm
Dua wanita Filipina ditahan kerana didakwa guna MyKad palsu di Johor Bahru
December 9, 2025, 2:03 pm
Kes rasuah fidlot: 'Saya bukan Menteri Besar ketika itu' - Sanusi
December 9, 2025, 11:55 am
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
December 9, 2025, 11:47 am
