Berita Berita
Dua wanita Filipina ditahan kerana didakwa guna MyKad palsu di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 9 Dis – Dua wanita warga Filipina ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas disyaki menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu dalam Ops Kutip di sebuah pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau, di sini semalam.
Operasi tersebut dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN Putrajaya bersama BSK JPN Johor, berjaya menahan kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 53 tahun.
Menurut kenyataan JPN, kedua-dua wanita itu disyaki menggunakan MyKad palsu bagi bekerja di negara ini sebagai tukang cuci di pusat beli-belah berkenaan.
“Kedua-dua wanita telah dibawa ke JPN Johor dan diserahkan kepada BSK JPN Johor untuk siasatan lanjut. Mereka disyaki melanggar Peraturan 25(1)(e) PPN 1990 (Pindaan 2007), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” jelas kenyataan itu.
JPN menegaskan operasi ini sebahagian daripada usaha berterusan menangani penyalahgunaan kad pengenalan oleh warga asing.
“Orang ramai diseru untuk terus menyalurkan maklumat bagi membanteras isu penyalahgunaan dokumen pengenalan diri palsu,” katanya.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 3:32 pm
Majikan terbeban, Guan Eng gesa kerajaan mansuh penalti RM10,000 SIP
December 9, 2025, 2:45 pm
Ingatkan gastrik, remaja 16 tahun hamil dirogol lelaki Bangladesh sebanyak empat kali
December 9, 2025, 2:24 pm
Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadang pelantikan dalam kerajaan negeri
December 9, 2025, 2:15 pm
Kadar keciciran murid menurun, KPM perkenal modul intervensi baru
December 9, 2025, 2:11 pm
UEC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan - pakar
December 9, 2025, 2:03 pm
Kes rasuah fidlot: 'Saya bukan Menteri Besar ketika itu' - Sanusi
December 9, 2025, 2:00 pm
Dituduh dalang aktiviti songsang, Menteri Agama ambil tindakan undang-undang
December 9, 2025, 11:55 am
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
December 9, 2025, 11:47 am
