Berita Berita
UEC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan - pakar
KUALA LUMPUR 9 Dis – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukanlah sebahagian daripada sistem pendidikan negara, malah kurikulumnya juga bukan kurikulum kebangsaan. Oleh itu, menurut pakar, tiada keperluan untuk kerajaan memberikan pengiktirafan sepenuhnya terhadap peperiksaan tersebut.
Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad, menjelaskan bahawa sejak 1975, Tun Dr. Mahathir, ketika itu Menteri Pelajaran, telah membenarkan UEC dijalankan di sekolah swasta di Malaysia.
“Pada 2012, ketika Datuk Seri Mohd Najib menjadi Menteri Pendidikan, UEC mendapat pengiktirafan separa atau bersyarat bagi tujuan pengambilan guru pelatih ke Institut Pendidikan Guru (IPG) khusus untuk bidang bahasa Cina sahaja.
“Nampaknya, setelah dibenarkan beroperasi dan diberikan pengiktirafan bersyarat, kini ada tuntutan supaya UEC diiktiraf sepenuhnya seperti SPM dan STPM. Agaknya, apa peribahasa Melayu yang sesuai untuk menggambarkan situasi ini?” soal beliau.
Media melaporkan bahawa Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC. Kor Ming turut menegaskan DAP akan mendengar suara masyarakat Cina dan meminta mereka bersabar, selain menekankan pentingnya semakan secara rendah hati bagi kemajuan negara.
Dr. Anuar menegaskan bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sepatutnya menyokong dan memajukan sistem pendidikan kebangsaan. “Kalau ada kekurangan, kita sama-sama tegur dan kritik, tetapi niatnya bukan untuk meruntuhkan, sebaliknya untuk membangunkan bersama,” ujarnya.
Beliau menambah, para pemimpin Malaysia sepatutnya berjiwa besar dan menunjukkan sifat patriotik dengan memperkasa sistem pendidikan kebangsaan, termasuk SK dan SJK, bukannya terus memecahbelahkan sistem pendidikan kepada lebih banyak aliran dan persijilan.
“Apatah lagi, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang membenarkan sekolah vernakular diterima sebagai ‘sekolah aliran kebangsaan’. Tidak ada negara lain yang membuat seperti ini,” jelas Dr. Anuar.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 3:32 pm
Majikan terbeban, Guan Eng gesa kerajaan mansuh penalti RM10,000 SIP
December 9, 2025, 2:45 pm
Ingatkan gastrik, remaja 16 tahun hamil dirogol lelaki Bangladesh sebanyak empat kali
December 9, 2025, 2:24 pm
Ketua DAP Sabah nafi hantar surat cadang pelantikan dalam kerajaan negeri
December 9, 2025, 2:15 pm
Kadar keciciran murid menurun, KPM perkenal modul intervensi baru
December 9, 2025, 2:06 pm
Dua wanita Filipina ditahan kerana didakwa guna MyKad palsu di Johor Bahru
December 9, 2025, 2:03 pm
Kes rasuah fidlot: 'Saya bukan Menteri Besar ketika itu' - Sanusi
December 9, 2025, 2:00 pm
Dituduh dalang aktiviti songsang, Menteri Agama ambil tindakan undang-undang
December 9, 2025, 11:55 am
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
December 9, 2025, 11:47 am
