Berita Berita
Pemandu ambulans maut, tiga cedera termasuk pesakit dalam nahas di Kluang
KLUANG 9 Dis - Seorang pemandu ambulans maut manakala tiga lagi termasuk dua pembantu perubatan cedera selepas ambulans dinaiki mereka dari Hospital Segamat terbabas sebelum terbalik di Kilometer 59.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, pemandu berusia 43 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, M Nasir A Shah berkata, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 1.27 tengah hari.
Menurutnya, kemalangan membabitkan empat mangsa iaitu pemandu ambulans, dua pembantu perubatan wanita serta seorang pesakit wanita.
“Hasil pemantauan mendapati pemandu dan seorang penumpang hadapan tercampak keluar dari ambulans, manakala dua lagi mangsa di bahagian belakang tidak tersepit.
“Bagaimanapun, pemandu ambulans terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Pasukan Keluar Operasi (PKO) juga mengalihkan mangsa cedera ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 9:29 pm
'Selama ni kita bayar melalui aplikasi JPJ tu siapa uruskan?' - Akmal Saleh persoal pelantikan ejen JPJ
December 9, 2025, 8:11 pm
Henti sebar video remaja 17 tahun hidu gam – ADUN Bayan Lepas
December 9, 2025, 8:06 pm
Pasangan suami isteri dipenjara sehari, denda RM800 kerana curi barangan RM70.69
December 9, 2025, 8:00 pm
Pelantikan ejen JPJ tidak libat kos kerajaan
December 9, 2025, 7:58 pm
Asyraf Wajdi akan panggil Rita Rudaini, MRSM Sungai Besar selesai isu saman fitnah
December 9, 2025, 7:50 pm
Malaysia yakin gencatan senjata Thailand–Kemboja bermula 10 malam ini
December 9, 2025, 7:32 pm
Kelayakan subsidi BUDI95 tidak terjejas akibat saman tertunggak – Anthony Loke
December 9, 2025, 4:21 pm
JPN Kedah siasat 'influencer' TikTok rasmi majlis anugerah akademik di sekolah
December 9, 2025, 3:32 pm
