Berita Berita
Pelantikan ejen JPJ tidak libat kos kerajaan
KUALA LUMPUR 9 Dis - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan bahawa pelantikan ejen kutipan tidak bermaksud perkhidmatan jabatan itu diswastakan, sebaliknya ia adalah amalan sedia ada sejak 2016 bagi menambah saluran perkhidmatan kepada orang ramai.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sehingga 9 Disember lalu, sebanyak 10 ejen kutipan telah dilantik untuk menyediakan saluran tambahan bagi urusan tertentu.
“Kenyataan yang menggambarkan seolah-olah pelantikan ejen kutipan ini sebagai penswastaan perkhidmatan JPJ adalah disebabkan salah faham mengenai peranan mereka.
“Ejen kutipan tidak terlibat dengan sebarang kutipan yang dibuat melalui saluran rasmi JPJ iaitu aplikasi MyJPJ dan MySikap serta kaunter JPJ, yang terus dikendalikan sepenuhnya oleh JPJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Aedy, pelantikan ejen baharu tidak membabitkan sebarang kos kepada kerajaan.
Syarikat yang layak boleh memohon menawarkan perkhidmatan nilai tambah mengikut syarat dan prosedur yang telah ditetapkan Kementerian Kewangan.
Sebagai contoh, platform insurans kenderaan yang dilantik sebagai ejen boleh menawarkan perkhidmatan pembaharuan lesen kenderaan (roadtax) ketika pelanggan memperbaharui insurans.
Namun, pengguna tetap mempunyai pilihan untuk memperbaharui lesen kenderaan melalui MyJPJ, MySikap atau di kaunter JPJ seperti biasa.
Antara ejen yang pernah dilantik sebelum ini termasuk Pos Malaysia Berhad, Puspakom Sdn Bhd, MyEG Services Sdn Bhd, Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd, TCSENS Sdn Bhd dan TNG Sdn Bhd.
“JPJ kekal komited memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, selamat dan mudah diakses orang ramai melalui pemantauan berterusan terhadap semua ejen kutipan.
“Kami juga akan terus menjaga integriti data, keselamatan transaksi dan pengalaman pengguna selaras aspirasi kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital sektor awam,” katanya.
Semalam, Rider Gate Sdn Bhd — anak syarikat Ramssol Group Bhd — diumumkan sebagai ejen kutipan JPJ bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan, pembaharuan lesen kenderaan motor serta pembayaran saman.
Melalui portal aplikasi Rider Gate, pengguna kini boleh mengakses platform digital penuh untuk urusan JPJ seperti pembaharuan lesen kenderaan, bayaran saman dan pertukaran hak milik, dengan caj nominal bagi setiap transaksi.
Sistem itu turut menyediakan laporan masa nyata kepada JPJ dan kementerian bagi memastikan ketelusan serta akauntabiliti.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 9:29 pm
'Selama ni kita bayar melalui aplikasi JPJ tu siapa uruskan?' - Akmal Saleh persoal pelantikan ejen JPJ
December 9, 2025, 8:11 pm
Henti sebar video remaja 17 tahun hidu gam – ADUN Bayan Lepas
December 9, 2025, 8:06 pm
Pasangan suami isteri dipenjara sehari, denda RM800 kerana curi barangan RM70.69
December 9, 2025, 7:58 pm
Asyraf Wajdi akan panggil Rita Rudaini, MRSM Sungai Besar selesai isu saman fitnah
December 9, 2025, 7:50 pm
Malaysia yakin gencatan senjata Thailand–Kemboja bermula 10 malam ini
December 9, 2025, 7:32 pm
Kelayakan subsidi BUDI95 tidak terjejas akibat saman tertunggak – Anthony Loke
December 9, 2025, 6:23 pm
Pemandu ambulans maut, tiga cedera termasuk pesakit dalam nahas di Kluang
December 9, 2025, 4:21 pm
JPN Kedah siasat 'influencer' TikTok rasmi majlis anugerah akademik di sekolah
December 9, 2025, 3:32 pm
