Berita Berita
Henti sebar video remaja 17 tahun hidu gam – ADUN Bayan Lepas
BAYAN LEPAS 9 Dis - Orang ramai diminta menghentikan penularan klip video memaparkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui menghidu gam di bangunan lama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz, berkata pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sudah mengambil tindakan segera termasuk membawa remaja terbabit untuk menjalani proses pemulihan.
“Terima kasih kepada rakan-rakan media sosial yang memaklumkan isu ini. Namun saya mohon agar video-video yang ditularkan dikaburkan terlebih dahulu kerana ia memberi kesan negatif kepada ahli keluarga remaja berkenaan.
“Moga adik ini dapat dipulihkan dan menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum itu, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki mendakwa hampir diserang remaja berkenaan ketika memasuki bangunan lama sekolah tersebut.
Dalam rakaman sama, remaja itu dilihat memegang plastik hitam dan berdiri dalam keadaan tidak stabil.
Berita berkaitan
December 9, 2025, 9:29 pm
'Selama ni kita bayar melalui aplikasi JPJ tu siapa uruskan?' - Akmal Saleh persoal pelantikan ejen JPJ
December 9, 2025, 8:06 pm
Pasangan suami isteri dipenjara sehari, denda RM800 kerana curi barangan RM70.69
December 9, 2025, 8:00 pm
Pelantikan ejen JPJ tidak libat kos kerajaan
December 9, 2025, 7:58 pm
Asyraf Wajdi akan panggil Rita Rudaini, MRSM Sungai Besar selesai isu saman fitnah
December 9, 2025, 7:50 pm
Malaysia yakin gencatan senjata Thailand–Kemboja bermula 10 malam ini
December 9, 2025, 7:32 pm
Kelayakan subsidi BUDI95 tidak terjejas akibat saman tertunggak – Anthony Loke
December 9, 2025, 6:23 pm
Pemandu ambulans maut, tiga cedera termasuk pesakit dalam nahas di Kluang
December 9, 2025, 4:21 pm
JPN Kedah siasat 'influencer' TikTok rasmi majlis anugerah akademik di sekolah
December 9, 2025, 3:32 pm
