Berita Berita
Lelaki ditemukan mati dalam kereta ada 20 rekod jenayah dan narkotik di Baling
BALING 24 Mei - Polis mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam sebuah Proton Wira di tepi Jalan Simpang 3 Tawar berhampiran jirat Cina di sini semalam adalah seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.
Ketua Polis Daerah Baling, Brandon Richard Joe berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 11.35 pagi.
Menurut beliau, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kemudian bergegas ke lokasi sebelum mendapati kenderaan itu berkunci dan lelaki di dalamnya disahkan telah meninggal dunia.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling dipanggil bagi membantu membuka kenderaan dan mengeluarkan mayat mangsa.
“Selain itu, pasukan dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut menjalankan pemeriksaan di lokasi.
“Siasatan awal mendapati, lelaki itu adalah warga tempatan berusia 30-an dan hasil semakan rekod mendapati, si mati mempunyai 20 rekod jenayah lampau yang membabitkan jenayah dan narkotik.
“Selain itu, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati Proton Wira itu mempunyai rekod hilang di Pendang dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
“Berikutan itu, polis merampas kenderaan terbabit untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, mayat lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut demi menjaga sensitiviti keluarga si mati.
Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Ketua Polis Balai Tawar, Sarjan Mejar Hafeedz Amil di talian 017-5588637 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
May 24, 2026, 1:09 pm
Pemain ragbi Sukma meninggal dunia semasa latihan
May 24, 2026, 12:42 pm
Nazri Prem Nasir angkat suara belia Malaysia ke pentas dunia, bantu lebih 15,000 komuniti
May 24, 2026, 9:46 am
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan di Perak
May 24, 2026, 9:21 am
Malaysia juara dunia sepak takraw, Thailand tinggalkan gelanggang
May 23, 2026, 1:43 pm
Rayer menang saman fitnah, netizen diperintah bayar RM100,000
May 23, 2026, 1:08 pm
Malaysia perlu kurangkan kebergantungan kepada buruh asing - Anwar
May 23, 2026, 12:52 pm
Amirudin teruk dikecam jawab tak jumpa tanah untuk bina hospital awam baru di PJ
May 23, 2026, 10:23 am
Anwar hubungi Vijay Thalapathy, maklumkan kemungkinan ke Tamil Nadu
May 23, 2026, 9:33 am
