Berita Berita
Pemain ragbi Sukma meninggal dunia semasa latihan
KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu menjalani latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, di sini pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, yang rebah semasa latihan sedang berjalan pada jam 5.30 petang telah diberikan bantuan awal oleh jurulatihnya, namun tiada tindak balas.
Beliau berkata, penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis itu kemudian dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di unit kecemasan hospital berkenaan.
"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Difahamkan pemain ragbi berkenaan yang berasal dari Kulim, sedang menjalani latihan praktikal di daerah ini dan tidak mempunyai sejarah penyakit.
Berita berkaitan
May 24, 2026, 12:42 pm
Nazri Prem Nasir angkat suara belia Malaysia ke pentas dunia, bantu lebih 15,000 komuniti
May 24, 2026, 12:10 pm
Lelaki ditemukan mati dalam kereta ada 20 rekod jenayah dan narkotik di Baling
May 24, 2026, 9:46 am
Remaja perempuan maut, lapan cedera dalam dua kemalangan di Perak
May 24, 2026, 9:21 am
Malaysia juara dunia sepak takraw, Thailand tinggalkan gelanggang
May 23, 2026, 1:43 pm
Rayer menang saman fitnah, netizen diperintah bayar RM100,000
May 23, 2026, 1:08 pm
Malaysia perlu kurangkan kebergantungan kepada buruh asing - Anwar
May 23, 2026, 12:52 pm
Amirudin teruk dikecam jawab tak jumpa tanah untuk bina hospital awam baru di PJ
May 23, 2026, 10:23 am
Anwar hubungi Vijay Thalapathy, maklumkan kemungkinan ke Tamil Nadu
May 23, 2026, 9:33 am
