Berita Berita
Dua kanak-kanak lemas di tapak projek mitigasi banjir Sungai Klang

SHAH ALAM 19 Julai – Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah kawasan takungan air di tapak projek Selangor Mitigasi Banjir Sungai Klang berhampiran Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.50 malam memaklumkan kejadian seorang kanak-kanak jatuh ke dalam parit.
“Hasil siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan kawasan air bertakung dalam kawasan projek mitigasi banjir. Kedua-dua mangsa adalah kanak-kanak lelaki berbangsa Melayu berusia 9 dan 12 tahun.
“Saksi kejadian menyatakan kedua-dua mangsa telah pergi ke kawasan takungan itu untuk mandi sebelum dipercayai lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kecederaan lain yang boleh membawa kepada punca kematian.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat yang dijadualkan berlangsung pagi ini, 19 Julai 2025, jam 11.00 pagi.
Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fildza bin Che Ibrahim di talian 016-9537372. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm