TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

NGO nafi berlaku pesta gay di Kota Bharu, hanya program kesihatan, kesedaran

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 Julai - Sekumpulan 31 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu menafikan dakwaan berlaku pesta gay di Kota Bharu, Kelantan seperti didakwa pihak polis.

Dalam satu kenyataan, parti itu mendakwa dokumentasi oleh Justice for Sisters (JFS) tentang acara tersebut berbeza sama sekali dengan kenyataan pihak polis.

Sebaliknya dakwa mereka ia adalah program kesihatan seksual berkaitan HIV, kondom dan ujian secara sukarela.

“Bertentangan dengan dakwaan bahawa ia merupakan ‘pesta seks sejenis’, program itu sebenarnya adalah acara kesihatan.

“Ia menyediakan maklumat kesihatan seksual dan berkaitan HIV, kondom, serta ujian secara sukarela untuk menggalakkan amalan seksual yang lebih selamat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, acara yang bermula pada jam 8 malam itu melibatkan ceramah kesihatan bersama penyedia perkhidmatan kesihatan termasuk doktor.

Katanya, program itu berakhir sekitar tengah malam, namun kira-kira 20 peserta masih berada di lokasi untuk menunggu keputusan ujian mereka.

“Dan tiada seorang pun daripada mereka yang menawarkan atau terlibat dalam perkhidmatan seksual semasa acara tersebut. Para peserta hadir untuk mendapatkan maklumat dan menjalani ujian kesihatan seksual,” katanya.

Antara penandatangan kenyataan itu termasuk Suaram, Women’s Aid Organisation (WAO), Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan Amnesty International Malaysia.

Secara berasingan, Majlis AIDS Malaysia (MAC) mengesahkan satu sesi libat urus lapangan telah dijalankan pada 17 Jun di Kota Bharu di bawah model Perkhidmatan HIV Berbeza untuk Populasi Utama (DHSKP) yang disokong oleh Kementerian Kesihatan.

Menjelaskan ia strategi bersasar dan inklusif, MAC berkata sesi itu melibatkan lebih 70 klien daripada kumpulan berisiko tinggi.

Sebelum ini, polis Kelantan menyerbu majlis makan-makan kumpulan gay di sebuah banglo di Jalan Kemumin, di Kota Bharu yang dipercayai disertai hampir 100 gay diserbu polis.

Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan ubat HIV.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika serbuan dilakukan hanya 20 lelaki ditahan, manakala yang lain dipercayai sudah pulang.- Media Telus

+ - reset