Berita Berita
KKM siasat dakwaan gangsterisme kuasai bilik mayat hospital kerajaan di Sarawak

KUCHING 19 Julai – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat dakwaan wujudnya kegiatan gangsterisme yang menguasai bilik mayat di sebuah hospital kerajaan di Sarawak.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah, KKM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, penyalahgunaan kuasa atau rasuah dalam perkhidmatan kesihatan awam.
“Pengurusan jenazah di hospital kerajaan adalah tanggungjawab waris atau keluarga si mati. Pihak hospital tidak menyediakan perkhidmatan tersebut, dan keluarga bebas memilih mana-mana syarikat yang dipercayai tanpa sebarang paksaan atau campur tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan sebuah portal berita dalam talian pada 17 Julai lalu yang memetik dakwaan seorang bekas pegawai perubatan mengenai kewujudan sindiket tidak rasmi yang mengawal bilik mayat di sebuah hospital kerajaan.
Sindiket tersebut didakwa bertindak sebagai ejen kepada syarikat-syarikat pengurusan jenazah, hadir sejurus selepas kematian berlaku dan dalam beberapa kes, sebelum kematian disahkan secara rasmi.
Mengulas lanjut, Dr Veronica menegaskan bahawa semua kakitangan KKM dilarang sama sekali menjadi orang tengah dalam urusan berkaitan, sejajar dengan garis panduan sedia ada.
“Sekiranya terdapat sebarang unsur paksaan, ugutan atau perlakuan berbentuk gangsterisme, laporan polis hendaklah dibuat segera supaya siasatan dapat dijalankan oleh pihak berkuasa.
“Sebarang pelanggaran terhadap arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.
Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menyalurkan sebarang aduan mengenai salah laku anggota kesihatan melalui saluran aduan rasmi KKM. – Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm