Berita Berita
Lima Ketua Polis Negeri baharu diumum, berkuat kuasa 18 Julai

KUALA LUMPUR 19 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pelantikan lima Ketua Polis Negeri baharu yang akan mula berkuat kuasa pada 18 Julai 2025.
Menurut kenyataan oleh Setiausaha Polis Malaysia PDRM, SAC Datuk Kamaruzaman Abdullah, kesemua pegawai kanan yang dilantik akan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).
Antara yang dilantik ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk TS Azizee Ismail sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Shazeli Kahar sebagai Ketua Polis Selangor.
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.
Turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah yang kini menyandang jawatan Ketua Polis Kedah, manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor.
Selain itu, PDRM turut mengumumkan 18 lagi pertukaran pegawai kanan, termasuk pelantikan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mohd Shukri Kaman sebagai Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, yang akan memangku pangkat Timbalan Komisioner Polis (DCP). – Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm