TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jerebu rentas sempadan landa pantai barat Semenanjung – 79 titik panas dikesan di Sumatera

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 Julai – Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia kini dilanda jerebu rentas sempadan susulan pencerapan yang dilakukan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu dipercayai berpunca daripada 79 titik panas yang dikesan di Sumatera berdasarkan imej satelit NOAA-20 dan laporan daripada Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC).

“Keadaan berjerebu ini berkemungkinan dibawa oleh tiupan angin barat daya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tiada jangkaan berlaku hujan atau perubahan arah angin dalam tempoh terdekat yang boleh membantu mengurangkan kesan jerebu tersebut.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka kerana tindakan sedemikian hanya akan memburukkan lagi keadaan jerebu dan meningkatkan pencemaran alam sekitar.

“Orang ramai juga disarankan mendapatkan maklumat cuaca yang sahih menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi atau menghubungi talian Hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan,” katanya. – Media Telus

+ - reset