Berita Berita
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar

GEORGE TOWN 19 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada jawatan Perdana Menteri walaupun berdepan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang, kecuali jika terbukti beliau menyeleweng atau mencuri wang rakyat.
Menurut Anwar, beliau tetap berpegang kepada prinsip tersebut dan tidak akan tunduk kepada sebarang desakan politik sekiranya tidak melakukan kesalahan.
“Jadi, apabila ada yang desak saya supaya turun, saya kata Insya-Allah saya tidak akan turun kecuali kalau saya curi duit rakyat. Kalau saya curi, suruhlah saya turun. Tapi saya tak curi duit orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar di sini hari ini.
Tambah beliau, dakwaan berkaitan kes lama yang sering dibangkitkan oleh pihak tertentu tidak lagi relevan memandangkan beliau telah hampir tiga tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.
“Kes saya yang lama itu, lamalah. Saya jadi Perdana Menteri ini sudah masuk tiga tahun. Saya dah nyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kalau ada kes, saya tak akan pertahan. Dan kalau ada pemimpin yang miliki kekayaan RM100 juta, dia kena jawab.
“Guna Parlimen kritik. Kalau dia (pembangkang) ada cukup jumlah, dia bawa usul. Itu cara dia. Tariklah mana-mana Ahli Parlimen nak sokong dia, sokong. Kalau saya kalah, saya letak dengan baik. Itu cara aman. Kalau tidak, tunggulah pilihan rakyat (pilihan raya),” katanya.
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 5:14 pm