Berita Berita
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri

KUANTAN 20 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Pahang menafikan sekeras-kerasnya kewujudan sebarang permit perjalanan sementara bagi pemeriksaan kenderaan yang kononnya dikeluarkan menggunakan nama dan tandatangan Pengarah JPJ negeri itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, JPJ Pahang menjelaskan bahawa semua urusan berkenaan permit perjalanan hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ negeri atau cawangan sahaja, dan tidak memerlukan sebarang tandatangan daripada pengarah.
“Jabatan ini telah mengesan kewujudan dokumen palsu yang menyalahgunakan nama jabatan serta jawatan Pengarah JPJ Negeri Pahang bagi tujuan perkhidmatan,” kata kenyataan itu.
Jabatan tersebut turut mengesahkan bahawa dokumen yang dikesan itu adalah palsu dan menegaskan ia bukan dikeluarkan secara rasmi.
Susulan insiden tersebut, satu laporan polis telah dibuat pada Jumaat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
“JPJ Negeri Pahang memandang serius isu pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama jabatan dan individu. Tindakan undang-undang tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat demi melindungi kepentingan awam,” tambah kenyataan itu lagi. – Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm