Berita Berita
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan

KUALA LUMPUR 20 Julai – Seramai tujuh lelaki ditahan kerana positif dadah manakala sebanyak 146 saman trafik dikeluarkan dalam Op Perdagangan yang dijalankan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Julai lalu.
Operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama beberapa agensi penguat kuasa lain itu memfokuskan kepada kenderaan perdagangan dan dijalankan di tiga lokasi utama iaitu Plaza Tol Ipoh Selatan, Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Ipoh Utara.
Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi itu bertujuan meningkatkan keselamatan di lebuh raya dan melibatkan penugasan empat pegawai penguat kuasa bagi mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Sebanyak 146 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk memandu melebihi had laju yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, tujuh lelaki turut ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine, dan kesemua mereka diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk siasatan lanjut.
Tambah beliau, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 49 notis hadir periksa terhadap kenderaan yang mengeluarkan bunyi bising dan asap hitam, manakala Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pula menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikesan dalam operasi itu.
Operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan diteruskan secara berkala dengan tumpuan terhadap pemandu dan kenderaan perdagangan yang berisiko menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
“Operasi ini akan terus dilipatgandakan dan tindakan penguatkuasaan diperkasakan dalam usaha mengurangkan risiko nahas di lebuh raya membabitkan kenderaan perdagangan.
“Komitmen dan kerjasama semua pengguna jalan raya amat penting dalam memastikan keselamatan dan meminimumkan kemalangan,” ujarnya. – Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:28 pm
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm