TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM

By
|
Kongsi
image

PORT DICKSON 20 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan Kerajaan Madani hari ini adalah hasil pegangan teguh kepada prinsip dan semangat perpaduan antara parti-parti gabungan serta komitmen bersama untuk membangunkan negara.

Menurut beliau, meskipun setiap parti dalam gabungan mempunyai fahaman serta pendirian yang berbeza, nilai kebersamaan yang dipupuk menjadikan kerjasama antara mereka amat luar biasa.

“Alhamdulillah, walaupun kita ini gabungan parti dengan berlainan pendirian dan fahaman, tetapi semangat untuk membangunkan negara menjadikan kerjasama dan semangat itu luar biasa.

“Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi Barisan Nasional), Datuk Seri Fadillah Yusof (Gabungan Parti Sarawak) dan rakan-rakan lain atas semangat ini,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap dalam program Kenduri Rakyat bersempena program Ukhuwah Madani dan Pemukiman Anggota Pentadbiran serta Ahli Parlimen Kerajaan Madani di Kampung Pachitan, di sini pada Ahad.– Media Telus

+ - reset