Berita Berita
Pelakon wanita buat laporan polis, nafi jadi punca keretakan rumah tangga selebriti

KUALA LUMPUR 20 Julai – Seorang pelakon wanita tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah apabila dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga sepasang selebriti popular yang kini menjadi tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, laporan itu dibuat pada Jumaat lalu kira-kira jam 3.49 petang susulan satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Menurut beliau, hantaran dan komen berunsur negatif itu turut dikongsi di platform lain seperti Instagram serta beberapa portal berita hingga menjejaskan reputasi pelakon terbabit.
“Pengadu mendakwa namanya dikaitkan secara langsung dalam isu rumah tangga pasangan selebriti terbabit hingga mencetuskan spekulasi serta tanggapan buruk dalam kalangan netizen,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah Sulizmie, kes berkenaan telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut, termasuk permintaan supaya kandungan yang bersifat fitnah itu diturunkan.
“Polis turut menjalankan siasatan dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” ujarnya.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti berkenaan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila timbul beberapa hantaran media sosial yang mengaitkan seorang pelakon wanita sebagai orang ketiga dalam hubungan tersebut. – Media Telus
Berita berkaitan
July 20, 2025, 2:52 pm
Polis kesan pemilik Proton Saga dipandu kanak-kanak 11 tahun hingga terbabas
July 20, 2025, 2:47 pm
Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat, Nilai tertinggi
July 20, 2025, 2:38 pm
PM jamin pengumuman besar minggu hadapan bantu redakan keresahan rakyat
July 20, 2025, 2:23 pm
Kerajaan Madani kukuh hasil perpaduan antara parti gabungan - PM
July 20, 2025, 8:00 am
Tujuh ditahan positif dadah, 146 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan
July 20, 2025, 7:44 am
PN pernah tawar jawatan TPM kepada BN selepas PRU15 – Marzuki Mohamad
July 20, 2025, 7:33 am
JPJ Pahang nafi keluarkan permit perjalanan palsu guna nama pengarah negeri
July 19, 2025, 8:22 pm
'Saya tidak akan turun, saya tak curi duit rakyat' - Anwar
July 19, 2025, 5:14 pm